Wednesday, October 28, 2009

Tiba-tiba...

Interframe: The thoughts of celebrating Mel's birthday at Shakira's room kept popping in my mind. It was a memorable night, or dawn you may call it. All of us ELS students (namely http://kikirikira.blogspot.com/, Hawa, Kalai Vani, Aina, Bel ) and some of Mel's Restu friends were having so much fun.

Tiba-tiba aku ingin menulis entri blog ini dalam bahasa Melayu kerana aku sudah letih menulis segalanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Rojak. Pernah sekali aku menulis sebuah entri dalam bahasa Inggeris + bahasa Melayu Sarawak , tapi kali ini lain. Aku ingin menulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu.. (yang bahagian interframe dalam bahasa Inggeris kat atas tu tak kira ya tuan-tuan dan puan-puan..) Sebelum merepek atau merapu dengan lebih lanjut, aku ingin mengucapkan selamat hari jadi sekali lagi kepada Melissa Ed. Semoga hari-harimu yang akan datang dicucuri rahmat. Semoga engkau mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan akhir yang bakal bermula mulai minggu depan. Pam minyak, gadisku!!

Apabila menyentuh tentang peperiksaan, ketika jari-jemariku sibuk menaip benda-benda merapu di komputer ribaku di foyer DKU pada malam Rabu ini, aku mengenang kembali kerajinanku semasa berada di Tingkatan 3. Serius, pada masa itu, aku rajin. Aku sanggup korbankan MTV selama dua bulan dengan rela hati sebagai kompromi untuk mendapat 7A dalam PMR. Dan pengorbanan itu terbukti berbaloi. Syukur kepada Tuhan.

Bak kata kawanku, Hawa, dia juga lebih bermotivasi untuk belajar semasa di bangku sekolah menengah. Semasa dia masih berada dalam Tingkatan 1 dan Tingakatan 2, dia jarang (atau tidak pernah) menonton televisyen, maka apabila kawan-kawannya bercerita tentang drama bersiri malam semalam, salah seorang kawannya akan berkata "Tak payahlah tanya dia pasal drama tu, dia pasti tak tau punya." Tapi kalau nak dibandingkan dengan sekarang, Hawa memang tak dapat nak tahan diri daripada menonton drama Melayu seperti NurKasih dan macam-macam lagi filem yang dia dapat daripada kawan-kawan. hehe.. Maafkan daku, Hawa, aku bukan sengaja nak mengumpat pasal awak kat sini.. Heheh..

Di sini, aku ingin mengetengahkan kepelikan kisah diri aku sebagai pelajar universiti. Kenapa aku boleh hilang motivasi untuk belajar dengan tiba-tiba? Sebenarnya, aku memang malas sejak dari bangku sekolah menengah lagi, tapi tidak pernah semalas ini. Bukankah untuk menimba ilmu matlamat utama aku menjejakkan kaki di menara gading? Bukankah aku rasa bersyukur ketika mula-mula berada di universiti kerana aku hanya perlu risaukan pelajaran dan bukannya tentang pelajaran budak-budak sekolah seperti apa yang aku risaukan semasa menjadi guru sandaran? Bukankah ini yang aku harapkan dahulu dan mengapa kini aku berpaling tadah? Mengapa ya?

Aku berharap motivasi itu akan kembali. Aku berharap kesanggupan untuk berkorban itu kembali. Kerana jika aku berhenti sekarang, ini bermaksud pengorbanan aku ketika muda (tuakah aku sekarang?) dahulu adalah sia-sia. Memang sia-sia.

Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Serius..

7 comments:

Anonymous said...

Kalau nak harapkan motivasi tu datang sendiri, haraplah. Sampai kitty tumbuh tanduk pun xkan ada. apa susah? paksa diri je. if u paksa diri now, next time u'll feel thankful and proud of urself for the sacrifice. paksa diri to study only ha. x apply for other stuff. if u can't find the motivation, the next thing is to force urself.

Mad Maureen said...

huhu.. takpe.. nanti aku letak tanduk pada Kitty.. yes, i tried to force myself but i guess i am just not good at it.. huhu?

Anonymous said...

Quoting from Jessie, we are so damn motivated before SPM because we HAVE to go through it and proceed to the next level. Orang cakap "Stadi bagus2, biar masuk Universiti".

So now when we have achieved that, most of us dont even know why and how we manage to be here. Maka malas alu stadi banding zaman remaja n kanak2.

I felt the same way since masuk Uni. N from observations, most girls tend to be like that. Guys usually makin rajin, we makin malas. Oh help.

We just can't be lazy so go go Maureen.

Mad Maureen said...

Miselnamapendek: wah, you are now friend with ahli falsafah (Jessie) and yeah, i like that quote - so true! hmm, lain kali kan should lengthen the advice to "Study bagus2, biar masuk universiti and graduate and dapat kerja bagus, time kerja mesti rajin, rezeki halal,akhirnya dapatlah kebaikan di akhirat." but on 2nd thought, we'll scare the students if the advice goes too lengthy like this.

hmm nape ye, lelaki lebih rajin kat uni? Mungkin they semakin mendekati reality that they are the breadwinner once they settled down? probably kan?

yep, thanks Misel for the support - i will be rajin tahap semut from now on.

Hawa said...

i'm speecless but feel like want to shout when read wat u wrote bout me..

but never mine,no hard feeling(bak kata Dr Alias)..hehehe

xtually,quit touching cz u concern (u a gud listener) bout my story..

Gud luck 4 da exam..

Mad Maureen said...

Hawa: yes, hahaha.. speechless kan?
cause i use your story as one of the example, siap dengan hyperlink agi ya.. heheh..

wah, tadi quote upin ipin, nektok quote Dr Alias. haha. yes, thanks for being touched.. (pelik juak ayat tok, heheh) I memang ingat story yg lain daripada yg lain. huahuahua.

thanks for the luck and good luck for you too, cayok~! ;)

Hawa said...

kmk kan slalu jak quote pa2 jak yg kmk rasa related...hehehe

wlcm..(^^,)