Thursday, April 21, 2011

Aku tak boleh salahkan mereka...

kerana benda-benda macam ni tidak tertulis dalam kamus. Mungkin junior-junior aku ni semua memang rajin menelaah pelajaran, mereka hanya memenuhi otak mereka dengan ilmu daripada buku ilmiah. Tetapi, kadang-kadang, benda yang remeh dan non-ilmiah seperti ni pun penting juga. Jangan ada salah faham , jangan ada miscommunication nanti.

Situasi bermula di sini.

Aku baru habis mandi dan masih on the way ke bilik. Tengah lalu bilik jiran-jiran junior tu sebelum sampai ke bilik aku sendiri, terdengarlah perbincangan 'ilmiah' diaorang. Satu perkara tentang jiran-jiran junior aku ini, mereka kalau part perbincangan 'ilmiah' tu memang la bercakap dengan suara yang lantang. Time aku lalu tu pun sempat la dengar perbualan diaorang sekejap. (Disclaimer: aku bukan menyibuk hal orang ah, diorang yang berbual lantang tu, aku dengar je lah)

"Yang LOL tu apa benda eh?" seorang junior bertanya.

"Yang tu lots of love." jawab seorang junior lagi, sambil bercerita lagi.

 Waduh, biasanya statement macam ni akan buat aku LOL tapi entah kenapa time tu aku rasa emoticon yang sesuai adalah seperti ini.(-_-") Kalau betul definisi LOL macam tu, kan aku dah kena tamparan banyak wanita sebab aku banyak guna LOL time mengomen kat status lelaki di facebook. Adui.

Sesampainya aku di depan pintu bilik aku, aku terdengar lagi satu soalan bonus.

"Yang ROFL tu yang ape pulak, yang kadang-kadang diorang selalu pakai tuh?"

Tiada jawapan.

Okay, aku tak dapat dan tak boleh nak salahkan mereka sebab benda ni tidak tertulis dalam kamus. Masa aku masih Tingkatan 4 dulu, aku, sama seperti mereka, pun tidak tau LOL tu apa time aku tengah chatting dengan seorang budak England. Tapi akhirnya, aku dah mula memenuhi ilmu short form dan ilmu akronim ni lepas aku bergiat dalam bidang chatting, friendster, facebooking dan twitter. Orang yang rajin sms pun wajib ada pengetahuan ini untuk menjimatkan ruang dan masa. 

Okay, untuk pengetahuan adik-adik junior sekalian, biar aku, sebagai akak senior yang prihatin akan menyediakan satu rujukan untuk akronim-akronim yang adik tak pasti tu kat sini. Mana la tau, kot-kot nanti ada lelaki komen LOL kat status adik, habis adik perasan ingat dia syok kat adik la kan. Sebelum tragedi perasaan perasan perasantan macam tu terjadi, baik akak menolong di sini. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?

TRANSLASI UNTUK AKRONIM YANG TIDAK TERDAPAT DALAM KAMUS MAHUPUN DICTIONARY

LOL = Laughing out Loud (ini bukan lots of love. Ulang suara, bukan ye adik-adik)

ROFL= Rolling on the Floor Laughing

LMAO = Laughing My Ass Off

IMHO = In my Humble Opinion

BRB = Be Right Back

Ha.. kan dah tau dah. Hehe. Jangan salah aplikasi dan terkantoi pula.
Kalau bertanya pun, biar kat sumber yang betul. Yang tanya kat adik seorang tu yang memandai jawab lots of love tu yang aku tak boleh blah. XD

LOL X 10 kali!!!

Updated:  Terima kasih diucapkan kepada saudara Wilson dan saudari Step sebab cakap pasal dictionary yang ada bagi penerangan untuk akronim-akronim di atas. *wink2*.  Jika anda nak cari maksud akronim-akronim dalam Bahasa Inggeris yang anda kureng faham, anda boleh melayari urbandictionary atau dictionary.com untuk mengetahui maksud akronim tersebut.. ;)

9 comments:

Anonymous said...

Lots of love tu not bad jugak. buat org rasa hepi.

ni ketawakan org sebelum exam ni, r u sure that is a good way to start...?

hm.. mcm ada satu perkataan je utk benda2 mcm ni kan?

Witch Vera said...

I want add, i want add! Muahahaha

SDBL for Super Duper Big Laugh!!!

Muahahahhhah!! Oopss...

Wilson Khor W.H. said...

GTG = Gotta go

Btw, I think you can find all these definitions in the latest Oxford editions d... ^_^

Mel Malden said...

LOL!!!! muah2...

hahaha (teka which LOL i dedicated to you? haha)

step.on.top said...

LOL - Lots of Lelehan. ngaa~

FYI? IDK? LOLOLOLOLOL?? DIY? OTW? OMG? 143??

saya sarankan universiti wajib ada 1 course u utk subjek akronim!! LOLove~

AMAU, bgtau dorg, "adik, sila gunakan wireless usm spenuhnya...layari urbandictionary.com terlebih dahulu sblm menjawab soalan rakan anda." ngaa~

MyBeautifulMess said...

selain LOL yang aku berjaya cover masa form 6,
yang di bawah semua aku tidak tau hehehe betapa ilmiahnya aku T.T

Mad Maureen said...

Mel: memang not bad lol. tapi menimbulkan keperasanan dan kesalahfahaman nanti hahah.

Vera: wow, that's something new... really nice haha. SDBL.. many people certainly haven't know about that. yesh.. can use to kenakan orang hahah. XD

Wilson: oh yea.. i guess, now i can blame them for having no excuses to interpret the acronyms wrongly hahah. thanks for the info yea.. ;)

Melod: i know, i know. The LOL u give me yang akan menyebabkan secret admirer ko tampar aku.. XD

Step: yea, banyak na akronim.. kalau ada kursus ya ditawarkan, aku mok continue master for that course XD LOL. Kan.. rupa2nya kat dictionary dh boleh dh..hahah. Nampaknya adik2 junior ni perlu disalahkan hahah.

Beth: aha.. it's ok.. as long as u know about lol, it's safe enough. Sebab LOL yang paling selalu disalah tafsir lololol.. XD yang lain tu masih takkan ditampar oleh kaum sejenis.. XD

bie said...

nice post. for a very long time i've been wondering apa kah itu LMAO...^^

Mad Maureen said...

Bie: kan.. dulu saya pun tak tau.. tapi sejak entah bila ka, aku mula tau bila tanya kawan aku sorang yg selalu chatting.. ;)