Tuesday, May 24, 2011

Do You Smell What The 'Suri Rumah Amatur' is Cooking?


Interframe: Anda sedang membaca The Mad Suri Rumah series. Ini episod pertama. Nantikan episod seterusnya pada.... ikut mood penulis la beb.

You know, my hometown dish that I missed the most when I was in Penang was this simple dish - Cangkuk Manis. And my favourite Cangkuk Manis was the one prepared by my mother. Since it is my favourite dish, it was the first veggie dish that I knew how to cook too. XD Yeah, I started to prepare my very first Cangkuk Manis when I was 18. XD Before that, all I knew how to prepare was fried egg, hot dogs, nuggets, and fried rice. I didn't know how to prepare veggie dish at all that moment, until I fall head over heels in love with this dish~!

cangkuk manis yummy - i like it prepared with egg. :) picture taken from here.

Cangkuk Manis, although it was a really simple dish, if you prepare it with different style, it wouldn't be as yummy. Seriously. I remembered a time I almost cried just because my grandmother prepared Cangkuk Manis  with shallot. You must think I'm over-dramatic for reacting that way, but then this is one dish I had a soft spot for. 

Girls, housewives, puan-puan, anak-anak dara, shallots is a BIG NO in preparing cangkuk manis. Some people may prefer it but trust me, if you want to eat Cangkuk Manis at its best, use only garlic and only garlic. And guess what, today I am going to share with you my mama's style of preparing cangkuk manis. Actually, she was inspired to prepare cangkuk manis this way after eating the cangkuk manis prepared by my father's friend who is a cook at central market. Okay, enough with the history. Let us start banging the wok and start cooking. 

First, let us list down the ingredients needed. (just a short list, ya'll)

1) Cangkuk manis/ Cekur manis (but of course~!)
2) Garlic
3) egg
4) salt 
Ok, permit me to use Malay language for this next segment hahah cause the steps are easier described  using BM (for me) and my verb vocabulary range in English is limited. (-_-")

1) Ok, pertama sekali, fokus pada sayur cangkuk manis anda. Dah cuci? (Cek) So, langkah pertama selepas anda mencuci sayur cangkuk manis ini ialah koyakkan daunnya. Koyakkan menjadi cebisan yang kecil-kecil ya. Lebih kecil lebih bagus. Tapi jangan sampai nak kisarkan pulak. (-_-")

2) Ya, dah jadi cebisan kecil macam ni cukuplah. Walaupun masih basah sikit (sebab anda koyakkan selepas mencuci sayur ni), dan ada jus-jus berwarna hijau keluar lepas anda koyakkan cangkuk manis tu, jangan buangkan air tu. Sayang. Biar saja jus kehijauan itu di sana.

3) Next, fokus kepada bawang putih. Yea, bawang putih. Bukan bawang merah or bawang besar. BAWANG PUTIH. Sungguh penting peranan bawang putih di sini. Kalau anda ibaratkan sayur cangkuk manis sebagai watak utama, kiranya bawang putih ni supporting actor la kot. Anda harus buangkan kulit bawang putih itu.

4) Seterusnya, telur ayam. Yea, telur ayam pun tak kurang pentingnya, setaraf dengan bawang putih itu tadi. Ok semua. Untuk pastikan cangkuk manis yang anda goreng tu sedap, adalah penting untuk memastikan nisbah sayur dengan telur sama rata, 1:1 barulah sedap ok. Kalau tak cukup rasa telur, errrk, tak best. 

5) Jadi di sini, anda kena pukul telur tu sehingga menjadi seperti gambar di atas. 

6) Ok jom beralih kepada kuali pula. Panaskan kuali anda dengan api yang kecil. Apabila dah terasa haba sikit, masukkan minyak. Minyak kena masukkan dengan banyak sikit yea. Kalau tak cukup minyak dan cangkuk manis tu kering-kering, tak sedap rasanya. Anda kena ingat sayur cangkuk manis ni menyerap minyak, so masukkan minyak banyak sikit pun takpe. (PS: lauk ini hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang tidak perlu risaukan kolestrol)


Imej adalah blur disebabkan kehadiran haba yang terlampau (?)
7) Letakkan tapak tangan anda beberapa inci daripada kuali untuk menguji kehadiran haba. Kalau dah rasa macam kuali tu dah panas, masukkan bawang putih dan goreng bawang putih itu. Ingat, kena kecilkan api supaya bawang putih itu tidak akan hangus sampai kehitaman. Kalau sekadar jadi coklat and kuning tu, boleh lagi dimaafkan. :P 

8) Pabila bau wangi bawang putih sudah mengisi atmosfera dapur anda, anda sudah tau tibalah masanya untuk memasukkan sayur cangkuk manis ke dalam. Campakkan sayur cangkuk manis tu ke dalam kuali. Ingat, kena besarkan api anda supaya sedap. Bekas yang anda letakkan cangkuk manis tu tadi ada saki baki air berwarna hijau kan, ah.. jangan buangkan air tu dulu. Ok, fokus menggaul cangkuk manis anda dalam kuali. Pabila rasa dah semua minyak meliputi permukaan daun cangkuk manis anda tu, anda sudah tau bahawa ini tiba masanya untuk masukkan telur yang anda sudah kacau tadi.

9) Ok, so lepas anda masukkan telur, apa yang anda akan tengok berupa visual di atas. Teruskan menggaul dan jangan lupa masukkan garam secukup rasa yea! Ok, so semasa anda masukkan telur tadi, bekas yang anda letak telur tu mesti ada saki baki sedikit telur tu kan? Ya, so sekarang, tuang lebihan jus hijau baki sayur cangkuk manis tadi ke dalam bekas yang ada lebihan telur tu tadi. Tuangkan campuran ke dalam sayur cangkuk manis yang anda  sedang goreng tu supaya sayur cangkuk manis tu ada kuah sikit. Jangan terover sampai jadi sup ya.


10) Ok, jadi inilah hasil cangkuk manis yang saya masak tempoh hari. Macam tu lah caranya yea kawan-kawan. Serious sedap. (serious sedap merujuk kepada cara masakan dan bukan kepada hasil masakan saya tempoh hari kerana saya letak terlebih garam HUHU! Spoiled!) Di pasar, ada pihak yang letakkan gula untuk memberi kemanisan kepada sayur cangkuk manis, tapi saya lebih prefer kemanisannya yang semula jadi. Itulah sebabnya kita kena koyakkan daunnya untuk mengekstrak kemanisannya. 


Ok that's all for today's episode. Opocot, dah pukul 10.07! Kena pergi dapur dulu. Chao!


6 comments:

Mel Malden said...

wahahaha. sik boleh blah la. nang setiap step ko amek gamba. ko sambil masak mbak camera ka? haha

step.on.top said...

wei! wei! pa masak2 pun snap gambar segala??? sot apa~ haha kan bagus mun nyanyi2 skali tym nyanyi..ehhh

btw, cangkuk mun dlm bm mun xslap adalah cekur...dlok blaja KHB ba. haha

nyaman ng nyaman la..eh apa kata resipi daun bandung aka daun ubi tumbuk yg digoreng serai gk ka utk next episod! haha

lalalalalalala said...

sodap.. next time cook for us here. :D :D

Mad Maureen said...

Melod: LOL. Auk. Seriously aku mbak kamera time memasak. Sampe terlebih ngkah garam. Masin gilak cangkuk manis ya riya. XD

Step:Auk betul ya. Cekur manis. Riya aku google untuk tga the other vocab and nya berik cekur manis. hahah. Eh daun bandung ya aku jarang makan, tapi belakang rumah aku ada. Ada masa, boleh jak. ahaha. Thanks for the suggestion. XD

Pamela: YEa, kan. Cangkuk manis is the dish that I really missed during my stay at Penang. Oh, you guys are better cook than I do. ;) It's better if you guys cook for me haha

MyBeautifulMess said...

LIKE .....bukti pengangguran ! LOL

Mad Maureen said...

Ebeth: LOL. Yea, i will menganggur for good kot... cos the teaching thingy macam tak jadi already. hoho. XD