Friday, June 22, 2012

Topeng Rambut Avocado Buatan Sendiri :Sesi DIY bersama Mad Maureen

"Avocado tak ada nama Melayu eh?"
Itulah pertanyaan pertama aku semasa menulis blog ini.

UPDATED: Sebenarnya, avocado ada nama Melayu --> Alpukat. Baru nak ingat nak guna google translate (-_-"). Tapi kurang glamour so kita tetap dengan penggunaan avocado dalam blog post ini. Sekian. 

Belakangan ini, masalah rambut aku semakin kritikal. Jika dulu, aku dapat menyelesaikan masalah rambut aku dengan hanya mencuci rambut menggunakan syampu biasa  dan selepas itu, voila, rambut menjadi lembut dan bersinar, kini tidak lagi semudah itu. Sebaliknya, kondisi rambut aku menjadi semakin teruk selepas pencucian. Aneh tetapi benar.

Kondisi rambut aku belakangan ini: Rambut sentiasa gugur, kalau tak pun patah. Kering. Hujung rambut bercabang (bukan bercabang dua je, bercabang tiga, empat pun ada!). Kulit kepala pula penuh dengan kelemumur. Ini yang bikin stress ni!

Untuk menyelesaikan masalah ini, jika berpandukan mentaliti aku sebelum ini - daripada aku menyelesaikan masalah rambut ini sendiri, aku hendak serahkan kerja penyelesaian masalah rambut ini kepada pakar rambut di salun. "Serahkan pada yang pakar." Begitulah slogan iklan Harpic yang begitu mempengaruhi mentaliti aku.

Iklan Harpic yang epic tu, masih ingat ke? Selalu kat tv time kita kecik-kecik dulu.

 Oleh itu, aku nekad untuk melawat salun rambut seberang rumah selepas aku habis exam. Nekad la katakan. Siap janji dengan kawan lagi dan membayangkan kepala kitorang sama-sama diurut oleh pekerja di situ. Aku mula nak kira-kira bajet; biasanya kalau kat salun hometown aku, harga nak buat rawatan kulit kepala tu biasanya dalam kira-kira RM30 - RM60.  Kalau kat Penang ni, tak pasti lah. Masa tu, aku dah memang nekad untuk membuat rawatan rambut di salun.

Tapi... syukurlah aku  fikir dua kali. 

Hendak dijadikan cerita, pada malam selepas exam tu, aku pun melayari youtube. Dah tak busy la katakan.
 Terdetik hati untuk mengeyoutube video berkaitan dengan penjagaan rambut. 

"Hmm, aku dah free ni, aku tak payah bergantung sangat dengan pekerja salun untuk menjaga rambut aku Biar aku cari sendiri penyelesaiannya." Begitulah monolog dalaman aku ketika sibuk mencari tips penjagaan rambut melalui youtube. Biarlah aku sendiri cari iktiar dulu. Takkan nak tunggu rambut tinggal sehelai dua helai kat kepala baru nak beriktiar kan? 

Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa channel ni kat youtube.

(your answer to your hair problem is just one click away wee hooo~!) 

Ada banyak tips dari para youtuber yang lain tapi aku pilih cara Bubzbeauty sebab cara yang dia ajar tu senang, jelas dan bahan-bahannya asian-friendly (maksudnya boleh didapati di negara-negara Asia) berbanding dengan beberapa tips youtubers dari Barat. 

Okay. Panjangnya aku bercerita. Long story short, aku pun ikuti tips dia dengan versi aku sendiri di bawah. Jika komputer anda tidak dapat log on to youtube (ahem!) dan jika anda punya line slow nak buffer youtube channel tu, jangan risau. Aku ada menyediakan langkah-langkah yang diajar oleh Bubzbeauty tapi versi Mad Maureen untuk anda!


Pertama, anda kena sediakan bahan-bahan ni semua. Tiga bahan je.Tak banyak. Buah avocado, telur dan minyak zaitun (olive oil).
Telur ayam, minyak zaitun (jenama apa tak kisahlah), dan yang penting sekali, avocado.

1) Avocado. Yang penting, avocado ada. Nak tau khasiat avocado dengan lebih mendalam, sila layari laman web ini. Ha... Bercakap tentang avocado, anda kena pandai memilih buah ini. Anda kena pilih avocado yang benar-benar masak... Kalau tak, anda terpaksa guna lesung batu untuk menumbuk avocado tu sehingga hancur. Merana tau. Avocado yang masak akan berwarna seperti ini.

contoh warna buah avocado yang sudah masak
 
Anda boleh terus gunakan garpu untuk menghancurkan isi avocado tersebut (jika avocado yang anda pilih betul-betul masak). Macam mana nak pilih avocado yang benar-benar masak? Ha... Macam ni. First, anda tengok warna kulit avocado tu. Kalau hijau gila, maksudnya masih muda la tu. Kalau ada warna perang (brown) sikit-sikit, ha... mungkin masaklah tu. Untuk lebih meyakinkan diri anda, cuba anda tekan avocado tu sikit. (Amaran: Jangan tekan sampai penyek). Kalau kulitnya tak keras, masak lettew. Harga avocado yang ada di Tesco ialah RM4.99 buat masa ini. Kiranya, masih lagi lebih murah berbanding rawatan rambut di salun. Lagipun untuk satu hair mask, anda hanya perlukan separuh avocado. Jadi separuh lagi boleh digunakan untuk bad hair day yang akan datang. Berbaloi kan.


2) Kuning telur. Kuning telur ni dapat membaiki cabang rambut selain mengilatkan rambut. Kuning telur kaya dengan protein dan dapat membaiki rambut anda yang rosak. Untuk keterangan lanjut tentang khasiat kuning telur (dalam bahasa Inggeris), anda boleh rujuk laman web ini -->  http://www.dailyglow.com/articles/43/hair-care-through-egg.html

Kuning telur. Telur ini dibeli dari Tesco dengan harga yang murah. Dalam RM6 je untuk satu set 36 biji, peeps!

3) Minyak zaitun (Olive oil) Minyak zaitun ni, seperti kuning telur, dapat mengilatkan rambut. Selain itu, ia baik untuk menghindarkan kutu rambut, kelemumur dan juga rambut gugur. Untuk keterangan yang lebih terperinci tentang khasiat minyak zaitun, sila klik laman web ini. http://www.iheartoliveoil.com/about-olive-oil/olive-oil-for-skin-body-hair
Minyak zaitun yang dibeli dari Kedai Maju Jaya setahun yang lalu. Sekian.

Setelah menyediakan ketiga-tiga bahan ini, marilah kita mulakan aktiviti menyediakan bahan untuk topeng rambut avocado weee hoo! Okay, mula-mula buah avocado yang dibeli itu dibelah dua dengan menggunakan pisau.
Ambil salah satu bahagian daripada buah avocado yang dibelah tersebut, dan bahagian yang satu lagi dibiarkan untuk kegunaan masa akan datang. Gunakan sudu untuk keluarkan isi avocado tersebut. Biji avocado yang besar tu buang tepi ya. Jangan nak campurkan bersama.

Setelah mengeluarkan semua isi avocado tu dan letak dalam mangkuk, next step, gunakan garpu untuk menghancurkan isi avocado tersebut. Penyekkan dan hancurkan sehingga semua isi halus dengan sekata.
Jika avocado cukup masak, memang senang untuk menghaluskannya menggunakan garpu. Kalau tidak, terpaksa gunakan lesung batu. (-_-")

Apabila sudah cukup halus, masukkan kuning telur ke dalam mangkuk berisi avocado tersebut dan kacau dengan sekata. Apabila dah sekata, masukkan dua sudu besar minyak zaitun ke dalam ramuan tersebut. Campurkan dan kacau sehingga sekata.

Masukkan kira-kira dua sudu besar minyak zaitun.

Begitulah sahaja caranya untuk menyediakan topeng rambut @ hair mask ini. Senang kan? Yang penting, anda kenalah sabar. Lepas tu, semasa membubuh ramuan tersebut pada rambut, jangan lupa sediakan tuala dan plastik ya. Aku telah menggunakan plastik biasa untuk menutup rambut setelah selesai menyadurkan topeng rambut avocado ini.

 Biarkan selama sekurang-kurangnya setengah jam atau berjam-jam. Lagi lama lagi bagus. Kalau dapat, biarkan semalaman. Tidur terus dengan topeng dan plastik pada rambut anda.

Jadi, kesimpulan di sini ialah, jangan serahkan semua kerja kepada pakar jika anda masih mampu melakukannya sendiri. Dengan usaha mengeyoutube, menggoogle, menyopping, dan membuatnya sendiri, anda dapat menjimatkan masa selain menambahkan pengetahuan. Lagipun bahan-bahan ni lebih organik dan lebih sihat. Jika anda pergi salun, anda ingat, sekali je dah cukup? Kena follow-up segala dan dengar pekerja salun bercerita tentang kebaikan produknya dan sehingga anda membeli produk itu, mereka takkan diam. Hah! Kalau anda tak nak lalui itu semua, apa lagi, cubalah tips ini sendiri! :D

Ingatlah bahawa kecantikan bermula dengan kesihatan. Jika anda sihat, anda bukan sahaja akan cantik dari segi luaran tetapi kesihatan yang membawa kepada kepositifan akan mencantikkan anda secara dalaman juga. Do try this at home (or hostel!) :D

Pemerhatian: Walaupun rambut aku tak berubah 180 darjah selepas menggunakan topeng rambut ini, namun kelemumur aku dah berkurangan secara drastik. Rambut lebih lembap sedikit berbanding dulu. Itu baru cuba tiga kali. Kalau dah dijadikan habit, moga-moga rambut akan jadi semakin sihat dan berkilat. Selain daripada topeng rambut, anda kerapkanlah memakan makanan berkhasiat untuk rambut seperti lobak merah, kacang, ikan (ikan salmon terutamanya) dan minum susu dengan kerap untuk menguatkan lagi struktur rambut anda. Sekian.


Nota tambahan: Hari ini, aku pertama kali melawat blog Joshua. Anda yang lain bolehlah melawat blog beliau. Cekidaut!

6 comments:

Anonymous said...

label majujaya nang x bleh blah la~ samala ku tok pun mun mok carik tips, msti refer bubz lok! haha

Mad Maureen said...

lol. dah lama dah ku beli sik pake minyak zaitun ya. auk, bubzbeauty ya nya kedak Michelle Phan versi teenager. Try ko caranya. Best - sebabnya pocket-friendly juak. :D

Anonymous said...

haha kinek ku pun plah mask DIY yg nya ajar ya..tepung beras + madu. yogurt + olive oil k mask rambut pun ku blaja dr nya juak...rajin ku tga video2nya. cara mekap smua nya ajar...plah style rambut...

Mad Maureen said...

wah, aku pun mok polah hair mask nektok. Adui.. SIk tahan tangga rambut ku bercabang kat hujung. Nampaknya, ko dari dulok dah mengfollow Bubz tok. Aku baruk jak lol!

MyBeautifulMess said...

oiii daripada buat mask rambut kasi makan saya tu avocado ba T.T ko dapat dr mana tu ?

Mad Maureen said...

ngeh3 aku beli dari tesco lol! ko pandai makan ka avocado? saya pernah try sikit - tak manis langsung eyy.