Friday, May 7, 2010

Sekarang Aku Tau..

Semasa aku kecil sehingga aku memasuki sekolah menengah, aku rasa hidup aku agak terkongkong. Kenapa tidak? Mama dan papaku sentiasa menegurku, terutamanya mamaku. Tak boleh buat itulah, tak boleh buat inilah. Semua pun tak boleh. Aku masih ingat, semasa aku kecil, mama sentiasa suruh aku menyertai pertandingan mewarna anjuran Borneo Post dan Dumex yang membolehkan kita memenangi wang RM20 dan setin susu tepung Dumex kalau dapat tempat pertama. Dengan paksa relanya, aku mewarna lukisan yang ada pada akhbar Borneo Post tersebut. Kadang-kadang, mama akan memberikan idea apa-apa objek yang boleh ditambah dalam lukisan untuk mencantikkan lukisan. Aku pula dengan perasaan tak puas hati mewarna sambil mengadu-adu kenapa aku perlu mewarna kerana pensel warna yang dibekalkan di rumah tak best. Kalau best, tak apalah pula. (-_-")

Selain itu, aku selalu merasakan bahawa mamaku seorang yang cerewet terutamanya dari segi kebersihan; apa tidaknya, mama sudah berdikari mengemas biliknya dan bilik nenekku sejak dia tahu berdiri. Semasa mama kecil, dialah yang membangunkan nenekku, mengemas katil dan menyediakan sarapan. Mama kena buat semua kerja tersebut semasa dia masih kecil-kecil cili padi kerana datukku sudah tiada semasa mamaku baru berusia 3 tahun. Jadi bayangkanlah hidup mama aku, ibunya hanyalah seorang suri rumah. Memang tidak berduit sangat, tapi nasiblah orang kampung dulu-dulu ada memiliki tanah pusaka, ikan pula boleh ditangkap dari sungai, sayur boleh ditanam di sekitar rumah, dan ayam pula ada hasil ternakan secara kecil-kecilan. Sebab itulah, pada hematku, semiskin-miskin mana orang kampung dari segi kewangan, mereka tidak akan kebuluran kerana mereka sudah mempunyai bekalan sendiri jikalau dibandingkan dengan masyarakat bandar yang hanya mengharapkan bekalan makanan dari pasaran.


Oleh itu, kerana mama seorang yang biasa mengemas sejak dari kecil, dia memang cerewet dari segi kebersihan kerana walaupun miskin, arwah nenekku sentiasa mendidik mamaku untuk memastikan bilik dan rumah berada dalam keadaan bersih. Jikalau aku terlupa untuk melipat selimut, mama akan bising seperti ayam riuh sekampung. Aku pula rasa annoying lah sebab aku rasa apa silapnya aku lupa lipat selimut, lagipun malam nanti aku akan selerakkan selimut itu lagi semasa tidur. Kadang-kadang semasa mama sudah tak tahan melihat bilik aku berselerak, dia tak arahkan aku bersihkan lagi. Dia rela menolong aku membersihkan bilik sambil mulutnya berleter menggambarkan deskripsi kekotoran bilik aku satu persatu dalam bahasa Melanau bercampur bahasa Hokkien. Leteran mama sentiasa membuatku pening, kadang-kadang menyebabkan aku menyesal kerana tak sempat kemas sendiri. Kalau mama berleter dalam bahasa Melanau tu, itu maknanya mama sedang bermonolog. Kalau dalam bahasa Hokkien, maknanya leteran itu ditujukan khas untuk aku dengar.

Aku selalu mendengar leteran ibu sehinggalah aku masuk Tingkatan 6. Masa itu aku sudah mula pandai mendisiplinkan diri. Semua peraturan tak bertulis di rumah yang mama tetapkan aku ingati dengan jelas. Kalau lepas mandi, pastikan tiada bulu-bulu badan (anda taulah apa yang aku maksudkan) atau helaian rambut anda tiada di atas lantai tandas. Kalau nak berus gigi atau berkumur, jangan gunakan sinki dapur. Bisnes sebegitu anda boleh lakukan di sinki tandas. Kalau nak bagi kucing makan, makanan kucing tu hendaklah dimasak dan dipanaskan sehingga berwarna keperang-perangan, barulah kucing-kucing itu ada selera nak menghabiskan makanan yang dihidangkan untuk mereka. Lepas menggoreng sesuatu, lantai dapur mestilah sentiasa dilap kerana berminyak. Mama memastikan lantai dapur dilap setiap hari selepas memasak. Semasa memasak atau menggoreng, pintu dapur hendaklah ditutup agar bau gorengan atau bau masakan tak masuk ke ruang tamu dan membaukan kain langsir di ruang tamu.


Semasa aku di tingkatan 6, aku pula yang mengambil peranan mama kerana aku dikehendaki menjaga sepupuku yang tinggal dengan kami selama satu minggu. Sepupu-sepupuku itu merupakan geng bermainku (mereka berusia dalam lingkungan 12 tahun dan 9 tahun masa itu) dan aku jarang sekali memarahi mereka. Hal ini kerana selama ini aku hanya bermain dengan mereka dan tidak pernah memikul tanggungjawab untuk menjaga mereka. Namun semasa di Tingkatan 6, sikapku terhadap mereka mulai berubah. Aku bertukar menjadi garang. Hal ini kerana aku dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan mereka, memastikan mereka mandi, memastikan mereka membuat kerja rumah, memastikan mereka makan, dan macam-macam lagi tugas yang aku belum pernah lakukan ke atas mereka sebelum ini. Sebelum ini, fungsiku hanya sebagai partner main-bermain dengan mereka. Perubahan peranan membawa kepada perubahan sikap. Aku mula berleter setiap kali sepupu lelakiku makan kerana biasanya dia akan mengotorkan lantai.


"Mulut kau itu berlubangkah adoi~!" merupakan antara herdikanku ketika aku mengelap lantai akibat kekotoran yang disebabkan oleh sepupuku itu.

Situasi-situasi lain aku memarahi sepupu:
1) "Heh, tak pandai jemur tuala sendiri lepas mandi!" Aku akan berleter sekiranya sepupu-sepupu kecilku itu hanya meletakkan tuala mereka di atas kerusi selepas mandi.


2) Kalau sepupu-sepupuku bergaduh antara satu sama lain, aku akan berkata " Wah, tak tau malu. Dah besar pun nak gaduh lagi!"


Masa itu, sepupu-sepupu aku mula membenciku dan mengatakan aku ini garang. Aku tidak faham, kenapa mereka membenci aku sedangkan aku telah membuat segalanya pada mereka. Aku telah berkorban masaku untuk mereka. Masa untuk aku mengelap lantai boleh saja aku gunakan untuk berehat dan membaca buku sebenarnya. Banyak kerja berfaedah yang boleh aku gantikan daripada menjadi hamba mereka. Tapi mereka telah mencuri masa aku. Betapa terkilannya apabila kerja-kerjaku ini sia-sia sahaja. Tiada ucapan terima kasih tetapi perasaan benci yang dibalas. Memang aku mengaku, aku tidak mempunyai sifat keibuan, sebaliknya sifat keibutirian lebih terserlah dalam diriku. Tapi bila aku fikir balik, inilah perasaan yang aku curahkan pada mama ketika aku kecil dulu. Mama mengelap muntahku, mama memarahiku kalau aku bermain di bawah panas, mama berleter, mama melarang aku buat ini, mama mengarah.. mama menasihati, mama... adoi~


Sekarang aku tahu. Sekarang aku faham bagaimana rasanya. Aku sedar yang mama memarahiku, meleteriku, melarang aku, dan menyebabkan aku marah dan benci padanya ketika kecil, semua itu kerana mama mahu menjadi seorang ibu yang baik. Mama rela dibenci dan disalah anggap pada mulanya hanya kerana ingin mendidikku menjadi anak berguna. Mama ingin aku membesar dan menjadi mama yang baik juga suatu hari nanti (wahahha, bilalah akan tiba masa itu!) Jika mama tak pernah marah aku, aku mungkin tak ambil kisah sangat dengan diri aku. Tapi sebab mama buat semua itu, aku mula mengetahui perkara yang patut dan perkara yang tak patut. Kalau mama tak suruh aku menyertai pertandingan apa-apa ketika kecil, tiada apalah yang hendak saya banggakan apabila saya dah semakin besar nanti.


Oleh itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

Happy Mothers' Day my Mama! I know I have lost the chance to have a good impression as a good daughter to you, but I know I still only have the chance to prove that I could be a good mother like you, once the right time has come. Your lessons to me may not made me a good daughter since I am a slow learner to absorb all those lessons, but what you have taught me is useful to teach me to become a good mother like yourself once I have the chance to become one. Last but not least, thanks Mama for everything!




A little message from Baby, your annoying daughter. ;)


3 comments:

Petite Amanda said...

wow... such a lovely post for your mama... :) if she reads it, im sure she will be SO touched.. hopes she read it la.. :D she'll be proud to have daughter like you.

hahahhaha i rmbr the colouring contest story.. izzit that time u went to Island Club for the colouring contest? i tink yes.. i rmbr thinking that, wah... this girl so talented la. can colour so nice, draw also so nice. i tink your mama saw that talent in you which is why in a way she wan to encourage u lar. :)

lol.. some part of your lil story is funny lar..hahahahha.. especially the part where u have to cook your food for cats till chau-tah, chau-tah like that. XD your cats so cute lar.. my cat if chau-tah she don wan to eat.. she likes steam type. =x

ur messiness is wat i m experiencing too.. i find it hard to buang that bad habit but i hope slowly i will do so.. everytime also my mum complain say im not like a girl la.. so messy and etc T_T ouchie.. but i know she's right.. hehe...

Mad Maureen said...

lol, Ada.. ahaha.. she didn't even know the existence of this blog. wahah, she wouldn't be proud. lol. just annoyed.

yeah, the island club is one of the colouring contests that i joined. the one i always joined would be the weekly colouring at Borneo Post.. that time i was really lazy and unmotivated to colour. (-_-") your cat better, she looked healthy and well fed and she really know how to discipline herself, unlike my cats. haiz. lol.

ah ya, the

hahah, the cats all so demanding. Hmm, memang tak sedar diri punya all my cats. the cats at usm looked better than my cats though they don't really have masters who feed them. these cats back at home memang anak tak tau diuntung. hehe. *wow, mengumpat about my cats here, heeee..*

ah ya, about the messiness, herm, we are in the same boat. lol. sometimes we are aware of our messiness but it's just too troublesome to be neat all the time. lol. but hopefully we can minimize these messiness. btw, all the best for your assignments ya. ;)

Mad Maureen said...

Wilson: ;)