Semasa aku menaiki anak tangga di bangunan hostelku dengan innocentnya, lalulah aku di bahagian melekat poster dan iklan - dan sekeping poster yang dilekat menarik perhatianku. Tajuk poster berikut berbunyi begini "JERAT VALENTINE DAY" dan diikuti dengan bermacam-macam deskripsi "Valentine menjahanamkan negara, dll." Selepas membaca poster tersebut, aku tak rasa innocent lagi.. Rasa nak memaki hamun pun ada. Sedih pun ada. Rasa nak ketawa pun ada. Kenapa benda yang innocent macam Valentine Day dikaitkan dengan anasir-anasir negatif seperti kes-kes sosial mengandung entah apalagi benda? One thing for sure, Valentine Day bukan hari mengawan, sayang. Kenapa tiba-tiba pada masa ini disamakan dengan hari maksiat, disamakan dengan hari berzina seolah-olah pada hari Valentine semua orang dah tak boleh kawal nafsu dan secara automatiknya akan melakukan sesuatu yang akan mencemarkan maruah sendiri?
Satu benda yang ingin aku ketengahkan - Jangan samakan Valentine day dengan musim mengawan binatang. Jika ada perkara maksiat yang dilakukan pada hari tersebut, itu merupakan salah individu dan pasangan tersebut sendiri. Dan siapa kata maksiat hanya dilakukan pada hari Valentine? Setahu saya, maksiat boleh dilakukan pada bila-bila sahaja, tak kira hari tersebut hari yang baik ataupun tak baik. Jadi generalisasi bahawa Valentine's Day merupakan jerat untuk maksiat adalah sangat tidak berasas. Dan adalah sangat keterlaluan. Satu sifat prejudis yang dilemparkan tanpa memikirkan perasaan orang yang menyambutnya. Bak kata pepatah "tak pandai menari, katakan lantai jongkang jongkit" maka dalam konteks ini, kepada sesiapa yang mengatakan Valentine Day membawa maksiat, saya cipta peribahasa ini untuk anda "Tak pandai jaga diri, salahkan hari bawa maksiat!" Jangan salahkan hari Valentine atas maksiat yang berlaku tetapi salahkanlah orang yang melakukan maksiat tersebut kerana tidak pandai mengawal nafsu dan tidak pandai menggunakan akal yang telah dikurniakan kepada mereka.
Saya bukannya ingin memaksa anda untuk menyambut Valentine, hahah, saya tidak pernah menyambutnya selama ini kerana diri ini masih ahem, single, tapi saya cuma tidak ingin anda mengejinya. Ok? Jika anda tak sambut, tak apa, cuma jangan mengeji hari tersebut, kerana mungkin perayaan ini adalah satu perayaan yang bermakna kepada sesetengah masyarakat. Bayangkanlah perasaan mereka jika hari ini dikaitkan dengan perbuatan hina sedangkan tidak terlintas di fikiran mereka untuk melakukannya! Bayangkanlah jika sesetengah pasangan perlu berasa malu kerana menyambut Valentine's day walaupun bagi mereka, masa Valentine itu mereka sekadar untuk menunjukkan rasa kasih sayang terhadap satu sama lain tanpa mempunyai niat tersembunyi.
Kita di Malaysia digalakkan untuk menghormati perayaan orang lain walaupun tidak menyambutnya, dan adalah satu sifat hipokrit untuk mengucapkan "Selamat hari Tahun Baru Cina, Selamat Hari Thaipusam, etc" sesama sendiri walaupun tidak menyambutnya dan apabila tibanya hari Valentine, seolah-olah anda akan diperlihatkan seperti menyokong maksiat jika mengucapkan perkataan "Selamat Hari Valentine."
Adakah hanya disebabkan Hari Valentine bersifat kebaratan kita menentangnya? Bukankah kita tidak digalakkan untuk bersifat RACIST kerana hidup dalam kalangan penduduk berbilang kaum? Tetapi apabila kita mengeji pihak Barat terutamanya penduduk Amerika, kita tidak dikatakan RACIST? Aku tak sedar yang ada konteks dan kelas-kelas tertentu dalam menyifatkan satu definisi. Aku tak tahu yang ada kelas-kelas subjektif untuk menyifatkan seseorang sebagai racist ataupun tidak, baik ataupun tidak, kerana pada hemat aku, racist adalah objektif dan tidak mengira dalam apa juga konteks. Jika anda anti-Barat, anda adalah racist walaupun anda baik dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Kenapa? Kerana fakta menyatakan orang putih adalah satu bangsa juga. Jadi, jika anda anti mereka, maaf untuk memaklumkan kepada anda realitinya bahawa anda seorang yang RACIST!
Kesimpulannya, maksiat tidak memilih masa atau waktu. Dan Valentine's day adalah satu perayaan yang innocent tanpa agenda tertentu melainkan untuk menyambut kasih sayang antara pasangan kekasih, dan kini dapat disambut antara sahabat handai. Dan satu perkara lagi, jika anda benar-benar sayangkan seseorang, hormatilah maruah pasangan anda dan jangan gunakan pasangan anda sebagai medium untuk melepaskan nafsu anda.
Terakhir tetapi bukan yang paling kurang,
SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT HARI VALENTINE in advance!!
Prejudice is sooo yesterday!!
SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT HARI VALENTINE in advance!!
Prejudice is sooo yesterday!!
PEACE!
;)
;)
10 comments:
It's all politic. Rubbish. Panjang oo post. I'm back reading hehe.
Miselnamapendek: memang all political rubbish from those who are ignorant, narrow-minded and hypocrite. If they do something wrongly, they blamed something else instead of admitting their faults. *sigh*
Since i malas wana edit this post, i just want to state here:
For those who still think Valentine's Day itu membawa maksiat, let me tell you:
Valentine's Day is a day to appreciate your loved ones. Just like Mother's Day, Father's Day, etc. Yes, we can appreciate our loved ones any day but we can try to make it more special and memorable during this particular day. Like our birthday, we are aging everyday, so why not celebrate our birthday everyday right? We make it once a year to make it special, and because the date of our birthday is significant. The same goes for Valentine. We can love everyday, but during that day, it is more significant, so people will feel more special. Btw, who said having sex is the only way to show your love? Haiz.. no wonder it's hard to achieve world peace. Even on a day to love, some people can find fault with it.
Agreed. (With my stand made clear, I do not think I need to say any more than this)
Thanks Wilson for this.. Happy CNY and belated Valentine's Day to you... ;)
bukan pa ba..last year kan da flyers yg menyebar kat usm pdh valentine day diasaskn oleh sorg father..kira fr ya stop jd fr n kawen..so..daknya anggap vlentine ya yahudi sggh la..prasan x tym2 vlentine bru daknya sebok2 edar bnda camya??? so...adakah father n mother's day ya yahudi juak???how about birthday??ceh!
some usm students mmg pelik n tlalu fanatik dgn certain things...ku sa smua tau sapa 'org yg fanatik' itu..
Gula batu @ Steppu Chan:
Banyak na duit sidak mok molah flyers kedak ya owh.. huhu.. ya ka? nya stop jadi fr ka? ku sik tau pasal story bhgian ya.. haha..
mun sidak baik gilak, pakelah duit ya molah charity instead of spreading anti-love day... manas la aku time nangga poster ya.. huhu. perluka sidak molah camya? cam sial.. (sebab time tok malam wpun time musim lent, aku ckp jak perkataan sial ya..hehe)iyalah, aku pun rasa aku tau sapa yg ko maksudkan.. hahaha
i say...i agree wit u. can't say more. ko dah tulis semua hahaha
Claire: thanks... love peace, no war.. ;) hahah..
amau..im back..mel like this post. i've seen that kind of prejudis too. sy bukan against apa2 or sapa2...maksiat2 sy pun xsuka. but i dont like i when i involve 'tidak dibenarkan kerana mempunyai unsur2 kristian'...as if we promote maksiat meh? wen it come to religion, i truly hv to defend myself, the religion tat i love. mcm u ckp, bukan nya time ya jak trus mengawan. cam bodos juak la. semua nya dtg dr individu punya thinking..ceteknya pemikiran kamu, maka cetek la pengetahuan kamu..sikit2 agenda mau menyesatkan..sungguhnya..kami tiada agenda. sy hanya mau kan openess yg dikata ada dimata masyarakatkan itu diperlihatkan..cause i still aint see much.. peace... :)
YES!! Welcome back, Mel!!! XD Ya, betul katamu itu... i agree... sepatutnya, since it has something to do with religion, it was supposed to be something positive, though from different religion cos religion mana yg ajar org jadi jahat kan? mana ada religion yg suruh org buat maksiat (unless the religion sesat ler..).. lagipun, takde pun org paksa org len sambut valentine, but why don't they leave us alone? haiz~
to wait for the day they open their eyes macam menunggu kucing bertanduk.. huhu.. kena tunggu 7 kelahiran pun belum pasti they will be opened.. hehe.. peace be with u too, Mel.. ;)
Post a Comment